Greater Bau for All
Siaran Akhbar, 14 January 2026
14 Januari 2026 - Satu sesi perbincangan telah diadakan hari ini di antara pihak Perpustakaan Majlis Daerah Bau (MDB) bersama wakil daripada Kolej Komuniti Bau. Fokus utama perbincangan adalah mengenai penggunaan fasiliti Perpustakaan MDB sebagai lokasi rasmi bagi pelaksanaan Projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) oleh pihak kolej. Inisiatif ini mendapat sokongan penuh daripada Setiausaha Majlis Daerah Bau, Encik Ong Ching Ping. Beliau menyatakan kesediaan pihak Majlis untuk menyediakan ruang dan kerjasama teknikal bagi membolehkan projek inovasi ini dijalankan di perpustakaan kami. Melalui penyediaan tapak projek ini, Encik Ong Ching Ping berharap hasil inovasi daripada Kolej Komuniti Bau tersebut bukan sahaja membantu mencapai objektif KIK mereka, malah dapat memberi nilai tambah kepada kualiti perkhidmatan perpustakaan serta memberi impak positif kepada para pengguna di daerah Bau. Terima kasih kepada Kolej Komuniti Bau atas kepercayaan memilih Perpustakaan MDB sebagai rakan kerjasama dalam merealisasikan projek inovasi ini. Semoga kolaborasi pintar ini membuahkan hasil yang bermanfaat demi pembangunan komuniti setempat.
Siaran Akhbar, 18 December 2025
18 Disember 2025 | Dewan Mesyuarat Majlis Daerah Bau Perhimpunan Pagi yang disusuli dengan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Bau telah diadakan bagi memperkukuh semangat kerja berpasukan serta menzahirkan komitmen warga kerja Majlis Daerah Bau terhadap integriti dan tadbir urus yang baik melalui tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR). Dalam majlis yang sama, penyampaian sijil penghargaan Anugerah Pekerja Cemerlang telah diadakan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan dedikasi kakitangan Majlis dalam menjalankan tanggungjawab. Selain itu, perhimpunan turut menyentuh isu-isu semasa berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis, di samping sesi perkongsian serta penyampaian makluman oleh Setiausaha Majlis yang memberi penekanan kepada hala tuju organisasi dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat. Seterusnya, Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Rekreasi telah diadakan dengan agenda utama iaitu pembubaran dan pemilihan Ahli Jawatankuasa (EXCO) baharu bagi sesi akan datang. Ucapan terima kasih dan penghargaan turut dirakamkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Kelab Sukan dan Rekreasi sesi terdahulu atas komitmen, sumbangan serta dedikasi yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan. Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Bau yang baharu dilantik. Diharapkan pelantikan ini dapat menyuntik idea segar serta memperkasakan penganjuran aktiviti kelab pada masa akan datang.
Siaran Akhbar, 28 July 2025
26 Jun 2025 (KHAMIS) : Sambutan Penutupan Gawai Dayak yang telah dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi (KSRB) bukan sekadar penutup kepada perayaan Gawai Dayak, malah sebagai meraikan kepelbagaian budaya sekaligus dapat memupuk semangat perpaduan dalam kalangan kakitangan MD Bau. Majlis dimulai dengan bacaan doa daripada Encik Donelly Deli anak Merum, ucapan alu-aluan daripada Pengerusi Kelab, Encik Alban Ebony anak Charles Diyom dan disempurnakan oleh Setiausaha Majlis, Encik Ong Chin Ping. Bacaan selanjutnya di https://www.facebook.com/share/p/1AvAoQJQ6x/
Siaran Akhbar, 28 July 2025
26 Jun 2025 (Khamis) : Perhimpunan Kakitangan Majlis Daerah Bau telah diadakan di Bilik Mesyuarat Majlis Daerah Bau dan disempurnakan oleh Encik Ong Chin Ping selaku Setiausaha Majlis Daerah Bau. Perhimpunan ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan dengan pencapaian jabatan kepada semua kakitangan. Selain itu, kakitangan turut diperkenalkan dengan 2 orang pegawai yang berpindah tempat bertugas iaitu Puan Zurinah Wati binti Samat, Pembantu Kesihatan Awam(U2) dan Encik Joseph James Kuman anak Away, Pembantu Khidmat Am (H1), 2 orang pegawai lantikan baru iaitu Cik Luciana Juana, Pembantu Pustakawan (S1) dan Encik Ellfrelstern anak Edirin, Pembantu Penguat Kuasa (KP1). Manakala, seorang pelajar latihan industri daripada UITM Kota Samarahan iaitu Encik Roger anak Muda. Bacaan selanjutnya di https://www.facebook.com/share/p/19BN4WnHdt/
Siaran Akhbar, 28 July 2025
11 Julai 2025 (Jumaat) - Matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran awam tentang pentingnya menjaga kebersihan kawasan kediaman, tempat kerja, dan ruang awam. Berita selanjutnya di https://www.facebook.com/share/p/19ghiA645m/
Siaran Akhbar, 02 March 2026
Tahukah anda? Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) akan melaksanakan Banci Ekonomi 2026 (BE2026). Banci Ekonomi 2026 (BE2026) merupakan banci ke-6 yang dilaksanakan setiap lima tahun sekali sejak tahun 2000. Banci ini bertujuan untuk mengumpul data yang komprehensif meliputi keseluruhan aktiviti ekonomi negara, termasuk sektor perdagangan borong dan runcit. Pelaksanaan BE2026 turut merangkumi pertubuhan perniagaan serta pertubuhan tidak berasaskan keuntungan. Data yang dikumpulkan akan menjadi sumber rujukan penting sebagai nadi ekonomi rakyat dan asas dalam merancang pembangunan negara yang lebih berkesan serta mampan. Untuk maklumat lanjut, sila layari media sosial Facebook Jabatan Perangkaan Malaysia atau akses pautan berikut:- 1. Pengenalan BE2026 2. Pelaksanaan Operasi BE2026 3. Objektif BE2026
Siaran Akhbar, 28 July 2025
BORANG KAJI SELIDIK KEPUASAN PELANGGAN MAJLIS DAERAH BAU (ATAS TALIAN) KLIK SINI UNTUK MENGAMBIL KAJI SELIDIK TERIMA KASIH.