Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 23 Mac 2019
Versi 8.2.0a
<<Mac, 2019>>
SMTWTFS
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31 


Tiada Acara pada masa ini
online visitor Pelawat Di Talian 4
total visitor Jumlah Pelawat 1,069,777

MAJLIS DAERAH BAU 
Jalan Ong Guan Cheng,94000 Bau,
Sarawak,
Malaysia.
Tel: 6082-763128, 763129
Fax: 6082-763545
Email: 

Web: www.baudc.sarawak.gov.my

Waktu Pejabat:
Isnin-Khamis
8.00 pg -1.00 tgh,
2-00ptg-5.00ptg

Jumaat
8.00pg-11.45pg,
2.15ptg-5.00ptg

Waktu Urusan Kaunter Pembayaran:
Isnin-Khamis
8.00 pg -12.30 tgh, 2.00 ptg-3.15 ptg
Jumaat
8.00 pg -11.00 pg, 2.15 ptg-3.15 ptg


Kod QR Versi Mobil


slide_5c7c95f5e8d0f.jpgslide_5c490e27566de.jpgslide_597800d7bd7ba.jpg
13 Mac 2019 - Kerajaan Sarawak sedia bekerjasama dengan kerajaan PH

SPAOH: Kerajaan Sarawak sentiasa bersedia bekerjasama dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau berkata ia adalah untuk kepentingan keseluruhan pembangunan dan kemajuan Sarawak.

“Tetapi jika dasar mereka buruk bagi kami, kami akan menolak,” katanya ketika ditemui pada Sesi Pemimpin Bersama Rakyat di Dewan Komuniti Spaoh yang turut dihadiri Timbalannya Datuk Amar Douglas Uggah.

Hadir sama Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Dato Sri Micheal Manyin dan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian.

Abang Johari menambah lagi, Sarawak adalah sebuah negeri yang diperintah pemimpin dan parti tempatan.

“Dengan cara ini kita dapat melaksanakan dasar pembangunan dan perancangan kita dengan gangguan minimum sebagaimana yang kita lalui dahulu dengan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Ini kerana dasar kerajaan GPS sentiasa memberi keutamaan kepada Sarawak dan rakyatnya.

Sementara itu Abang Johari memberi jaminan bahawa beliau akan menunaikan semua janji yang telah dibuat.

“Saya bukan pembohong, berbohong adalah dosa dan saya tidak mahu dipersoalkan atas janji-janji yang tidak ditunaikan atau berbohong semasa hidup.

“Berikan masa untuk kami laksanakan kerana mana-mana projek pembangunan besar perlu perancangan yang teliti sebelum dapat dilaksanakan,” tegasnya.

Mengenai lawatan dua harinya ke bahagian Betong, beliau berkata ia adalah untuk melihat masalah di kawasan tersebut dalam usaha memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Beliau menambah bahawa bahagian tersebut mempunyai potensi besar untuk pertanian moden.

Kerajaan katanya, akan membangunkan semua prasarana yang diperlukan.

Ini termasuk sebuah lapangan terbang berhampiran Spaoh dan meningkatkan infrastruktur digital di mana 39 menara telekomunikasi akan dibina untuk sambungan yang lebih baik.

Pada majlis itu, Abang Johari mengumumkan kelulusan beberapa projek untuk Spaoh.

Ia termasuk Kompleks Sukan bernilai RM14 juta, projek pengindahan Tebingan Sungai Spaoh bernilai RM6.4 juta, sebuah pejabat sub-kawasan baharu bernilai RM4.6 juta, sebuah jambatan keluli baharu yang menyeberangi Sungai Paku yang berharga RM5.7 juta dan Jalan Surie -Turie bernilai RM35 juta.

Selepas itu, Abang Johari melawat Luban Ulu dekat sini di mana beliau menyempurnakan upacara pecah tanah untuk menara telekomunikasi.

Menara yang berharga kira-kira RM1 juta itu adalah projek Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak.

Bercakap pada majlis itu, beliau berkata Kerajaan Sarawak merancang membina 300 menara tersebut di seluruh negeri tahun ini dengan kos RM1 bilion.

“Kemudian kita akan membina 300 lagi menara tersebut tahun depan.

“Inilah usaha kami untuk mengubah keadaan di mana kami menekankan pengurusan digital dan ekonomi digital,” katanya.

6 Mac 2019 - Bas elektrik pertama di Kuching lonjak industri pelancongan Sarawak

KUCHING: Bas elektrik pertama Sarawak yang beroperasi di beberapa laluan di bandar raya ini disifatkan sebagai bukan hanya suatu lonjakan kepada industri pelancongan tempatan tetapi juga merupakan pengangkutan awam yang memudahkan pergerakan orang ramai di sini.

...
4 Mac 2019 - Bau, Lundu lokasi Operasi Rabies Sarawak

KUCHING: Daerah Bau dan Lundu dipilih sebagai lokasi bagi projek perintis Operasi Rabies Sarawak yang akan diadakan pada 1 Mac depan.

...
4 Mac 2019 - Pendidikan larangan merokok di tempat makan bermula

KUCHING: Sarawak kini dalam pelaksanaan pe-nguatkuasaan pendidikan larangan merokok di tempat makan selama enam bulan selepas ia dilancarkan bermula semalam.

...
Apakah pendapat anda tentang laman sesawang kami?