Piagam Pelanggan

 

Piagam Pelanggan


Piagam Pelanggan
Majlis Dearah Bau

 
  • Permohonan pelan bangunan yang lengkap akan diproses dan dikemukakan kepada agensi luar / seksyen dalaman yang berkaitan untuk ulasan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja.
 
  • Pelan bangunan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Majlis dalam tempoh tidak melebihi empat belas (14) hari bekerja selepas mendapat kelulusan dari semua agensi yang berkaitan untuk kelulusan.
 
  • “Occupation Permit" hendaklah dikeluarkan dalam tempoh dua (2) hari bekerja selepas penerimaan borang F.
 
  • 100% jumlah projek pembangunan yang diluluskan siap dilaksanakan dalam tahun semasa
 
  • Merancang program dan aktiviti perpustakaan secara tahunan dan dilaksanakan 100% pada tahun semasa.
 
  • ​​​​​​​Mengambil tindakan susulan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja ke atas setiap kesalahan / pelanggaran undang-undang.
 
  • Melaksanakan program pembangunan komuniti bersama penduduk / badan bukan kerajaan mengikut jadual yang dirancang dan dapat dilaksanakan 100% dalam tahun semasa.
 
  • Sampah domestik dikutip sekurang-kurangnya dua (2) kali seminggu dan mengikut jadual kutipan yang ditetapkan oleh Majlis.
 
  • Permohonan lesen yang lengkap diproses dan diluluskan dalam tempoh sembilan puluh (90) hari bekerja.
 
  • Semua bil cukai taksiran dihantar satu (1 bulan) sebelum tarikh akhir pembayaran yang diwartakan.
 
  • ​​​​​​​Memberi respon kepada pengadu dalam tempoh dua puluh empat (24) jam dan status pelaksanaan tindakan ke atas aduan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) hari bekerja dari tarikh aduan diterima.