Soalan Lazim

 

Soalan Lazim


1. Apakah itu cukai taksiran Majlis? 

Cukai taksiran ialah cukai tempatan yang dikenakan untuk pemilikan pegangan berkadar terletak dibawah bidang kuasa Majlis Daerah Bau. 

2. Siapakah yang pembayar cukai?

Pemilik pegangan berkadar bertanggungjawab untuk membayar cukai taksiran. 

3. Kenapa saya perlu membayar cukai taksiran? 

Cukai taksiran adalah perlu untuk menampung perbelanjaan Majlis dalam menyediakan perkhidmatan kepada orang ramai misalnya untuk mengekalkan kebersihan bandar/luar bandar, pengurusan sisa pepejal,menyediakan lampu-lampu jalan, Taman-Taman, pemotongan rumput dan penyelenggaraan am mahupun menyelenggarakan/menaiktaraf jalan-jalan kampung. 

4. Bila tarikh akhir saya membayar cukai taksiran? 

Cukai taksiran boleh dibayar dua kali setahun:

-separuh pertama: tarikh akhir adalah pada 31hb.Mei

-Separuh kedua: tarikh akhir adalah pada 31hb. Oktober

5. Di mana kita membuat pembayaran bagi bil-bil cukai taksiran dan lain-lain perkara berkaitan?

Kaunter pembayaran Majlis Daerah Bau

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi mana-mana pegawai atau kakitangan Majlis Daerah Bau di talian 082-763129