PERUTUSAN SETIAUSAHA MAJLIS

 

PERUTUSAN SETIAUSAHA MAJLIS


Salam Sejahtera dan mesra kepada seluruh komuniti Bau yang dikasihi.
 
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengalu-alukan kehadiran anda ke laman web rasmi Majlis Daerah Bau. Laman ini diwujudkan sebagai saluran komunikasi utama antara pihak Majlis dan masyarakat umum, selain menjadi sumber maklumat yang sahih, mudah dicapai dan mesra pengguna.
 
Sebagai Setiausaha, saya bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan dasar, program dan aktiviti Majlis berjalan dengan cekap, telus dan berintegriti tinggi. Kecekapan pentadbiran dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan merupakan tunjang kepada keyakinan rakyat terhadap institusi kerajaan tempatan.
 
Majlis Daerah Bau sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti perkhidmatan melalui pemodenan sistem, penambahbaikan proses kerja, serta penerapan budaya kerja yang berorientasikan prestasi.
 
Saya amat menggalakkan penglibatan aktif daripada warga Bau dalam memberikan maklum balas serta cadangan membina demi penambahbaikan berterusan. Kita percaya bahawa kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada penyertaan dan sokongan padu dari semua pihak.
 
Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat memberikan manfaat kepada anda semua, serta membantu memperkukuhkan hubungan antara Majlis dan masyarakat.
 
Sekian, terima kasih.
 
Setiausaha
Majlis Daerah Bau