Berita

 

PROGRAM KAUNTER BERGERAK BAHAGIAN PENILAIAN & PERCUKAIAN MDB DI KAMPUNG SIBULUH

Disiarkan pada 20 Dec 2025
Sumber Berita: Facebook Majlis Daerah Bau
20 Disember 2025 - Program Kaunter Bergerak Bahagian Penilaian & Percukaian Majlis Daerah Bau (MDB) telah diadakan di Dewan Serbaguna Kampung Sibuluh pada 20 Disember 2025, dari jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Program ini bertujuan memudahkan penduduk setempat menjalankan urusan pembayaran bil cukai taksiran serta perkhidmatan lain yang berkaitan. Sambutan amat menggalakkan apabila penduduk dari Kampung Sibuluh, Kampung Suba Bandar, Kampung Suba Bau dan Kampung Suba Buan hadir mengambil peluang yang disediakan.
Selain itu, penduduk turut memanfaatkan promosi diskaun 50% ke atas denda cukai taksiran yang masih berbaki 11 hari lagi, sekali gus membantu meringankan beban kewangan pembayar cukai.