Berita

 

PERHIMPUNAN PAGI DAN MESYUARAT AGUNG KELAB SUKAN DAN REKREASI MAJLIS DAERAH BAU

Disiarkan pada 18 Dec 2025
Sumber Berita: Facebook Majlis Daerah Bau
18 Disember 2025 | Dewan Mesyuarat Majlis Daerah Bau
Perhimpunan Pagi yang disusuli dengan Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Bau telah diadakan bagi memperkukuh semangat kerja berpasukan serta menzahirkan komitmen warga kerja Majlis Daerah Bau terhadap integriti dan tadbir urus yang baik melalui tandatangan Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Dalam majlis yang sama, penyampaian sijil penghargaan Anugerah Pekerja Cemerlang telah diadakan sebagai pengiktirafan terhadap prestasi cemerlang dan dedikasi kakitangan Majlis dalam menjalankan tanggungjawab.
Selain itu, perhimpunan turut menyentuh isu-isu semasa berkaitan pentadbiran dan perkhidmatan Majlis, di samping sesi perkongsian serta penyampaian makluman oleh Setiausaha Majlis yang memberi penekanan kepada hala tuju organisasi dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Seterusnya, Mesyuarat Agung Kelab Sukan dan Rekreasi telah diadakan dengan agenda utama iaitu pembubaran dan pemilihan Ahli Jawatankuasa (EXCO) baharu bagi sesi akan datang.
Ucapan terima kasih dan penghargaan turut dirakamkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Kelab Sukan dan Rekreasi sesi terdahulu atas komitmen, sumbangan serta dedikasi yang telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan.
Tahniah diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa (EXCO) Kelab Sukan dan Rekreasi Majlis Daerah Bau yang baharu dilantik. Diharapkan pelantikan ini dapat menyuntik idea segar serta memperkasakan penganjuran aktiviti kelab pada masa akan datang.