LATIHAN KEBAKARAN (FIRE DRILL) MAJLIS DAERAH BAU BERSAMA JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
Disiarkan pada 22 Dec 2025
Sumber Berita: facebook Majlis Daerah Bau
22 Disember 2025 - Majlis Daerah Bau telah mengadakan Latihan Kebakaran (Fire Drill) pada 22 Disember 2025 jam 10.00 pagi bertempat di Bangunan Majlis Daerah Bau dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Bau.
Latihan ini bertujuan untuk meningkatkan tahap persediaan ahli majlis dan warga kerja Majlis Daerah Bau dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan kebakaran serta memastikan semua kakitangan memahami prosedur keselamatan dan pelan pemindahan yang betul sekiranya berlaku insiden sebenar.
Latihan ini turut memberi pendedahan kepada warga kerja mengenai penggunaan peralatan keselamatan dan langkah-langkah awal dalam menangani kebakaran.
Majlis Daerah Bau merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bau atas kerjasama, tunjuk ajar serta komitmen yang diberikan dalam menjayakan latihan ini.
Diharapkan latihan seumpama ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap keselamatan di tempat kerja sentiasa berada pada tahap yang terbaik.