Sejarah Majlis Daerah Bau


Sejarah penubuhan Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Sarawak adalah di bawah Ordinan Kuasa Tempatan 1948, (Local Authorities Ordinance 1948) di bawah pemerintahan Kerajaan British. Dengan adanya Ordinan tersebut, penggubal undang-undang tempatan (Law Makers) memberi kuasa kepada Governor untuk menubuhkan satu badan yang digelar Pihak Berkuasa Tempatan (Local Authority) atau ada juga yang digelar "Local Council'. Semua Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan kuasa masing-masing yang telah diperuntukkan di bawah Ordinan tersebut dan diberikuasa untuk menggubal Undang-Undang Kecil yang digelar "Local Council By-Laws" yang mana harus dipatuhi oleh semua penduduk tempatan di bawah budang kuasa Pihak Berkuasa Tempatan tertentu. 


Pihak Berkuasa Tempatan Majlis Daerah Bau telah ditubuh pada tahun 1955, di bawah Artikel 5, Ordinan Kuasa Tempatan 1955, di bawah bidang kuasa Kerajaan British ketika itu. Majlis Daerah Bau telah memilih dan melantik Ahli-Ahli Majlis (Council Councilors) untuk kali pertama pada 01.01.1956 yang diperuntukan di bawah "The Local Government Election Ordinance 1956". Ordinan tersebut membolehkan Ahli-Ahli Majlis dilantik secara pengundian.

Walaubagaimanapun, Ordinan Kuasa Tempatan 1955 telah dimansuhkan dan dikuatkuasakan dengan Ordinan Kuasa Tempatan 1996 dan Undang-Undang Kecil yang dibuat di bawah Ordinan yang baru ini.