Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Menu Utama Menegak

Warga Bau patuh Perintah Kawalan Pergerakan
Tarikh : 20 Mar 2020  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

BAU: Pemantauan hari kedua penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan di daerah ini berjalan lancar dan tiada yang ingkar dengan arahan pihak berkuasa.

Beberapa anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau bersama Majlis Daerah Bau memulakan rondaan seawal jam 8 pagi tadi di sekitar pasar Bau.

Menurut Ketua Polis Daerah Bau DSP Poge Nyaon, secara keseluruhan didapati semua termasuk pemilik kedai dan orang awam mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di Daerah Bau.

"Pemantauan kita mendapati hanya kedai-kedai tertentu yang beroperasi, manakala kedai-kedai makan pula hanya menyediakan makanan untuk dibungkus dan tiada premis yang membenarkan pelangan untuk makan di kedai," katanya.

Bagaimanapun beliau memberitahu operasi pemantauan adalah berterusan sehingga arahan seterusnya.

"Buat masa ini, kita lebih banyak memberikan nasihat kepada orang awam agar tidak berada di luar sekiranya tiada keperluan, kecualilah jika hendak membeli makanan atau urusan-urusan penting," katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan susulan ancaman COVID-19 yang mencatatkan peningkatkan kes secara mendadak di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dilaksanakan bermula semalam sehingga 31 Mac ini di bawah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

"Jika ada yang ingkar dengan perintah kawalan tersebut boleh ditangkap dan dikenakan denda sehingga RM1,000 dan penjara sehingga dua bulan," jelas Poge.