Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Menu Utama Menegak

Perarakan Chap Goh Meh di Pekan Siniawan meriah
Tarikh : 10 Feb 2020  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

BAU: Perarakan Chap Goh Meh yang dirai oleh komuniti Hakka di Siniawan terus dipelihara sejak diadakan 100 tahun lalu.

Kapitan Pekan Siniawan, Bong Boon Koh berkata, ia adalah tradisi nenek moyang penduduk Siniawan yang kini menjadi tarikan pengunjung luar dan dalam negeri.

“Semasa perarakan banyak kumpulan yang menyertainya seperti tarian singa dan naga.

“Mereka berarak dari Tokong Shui Guet Gong ke Jugan seterusnya ke Pekan Siniawan dan berakhir di Keranji sejauh enam kilometer (km)

“Perarakan itu disertai oleh 30 kumpulan yang terdiri daripada penari singa dan naga bandar raya Kuching dan juga, di sini (Siniawan),” katanya ketika ditemui media semasa Perarakan Chap Goh Mei sempena Tahun Baharu Cina di Pekan Siniawan di sini, hari ini.

Bong menambah, perarakan itu diteruskan sebelah malam dengan penglibatan 67 kumpulan tarian singa dan naga.

Sementara itu, Pengerusi Tokong Shui Guet Gong, Penghulu Lai Shey Hiong berkata, perarakan diadakan untuk memohon keselamatan dan keamanan di Pekan Siniawan

“Sepanjang tahun kita memohon agar keselamatan dan keamanan Pekan Siniawan terus dipelihara.

“Kita harap dengan sambutan seumpama ini akan memberi tuah kepada pekan dan juga, penduduk Siniawan,” katanya.

Terdahulu, cuaca yang baik melancarkan perarakan Chap Goh Mei dan aktiviti sembahyang penganut Buddha di Pekan Siniawan.

Seramai 1,000 orang menyaksikan perarakan itu yang meriah dan penuh warna-warni  sejak jam 8 pagi anjuran Tokong Shui Guet Gong.

Penghulu Lai Shey Hiong