Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Jejak warisan ke puncak Bung Bratak ditambah baik
Tarikh : 02 Dec 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

KUCHING: Persatuan Warisan Bung Bratak (BBHA) menambah baik jejak warisan ke puncak Bung Bratak pada ketinggian lebih 1,000 kaki.

Pengerusi BBHA Dato Peter Minos berkata, pemandangan dari puncak Bung Bratak yang terletak dalam daerah Bau amat indah.

Sesuai untuk berkelah dan berkhemah, tempat ini bakal dibuka oleh BBHA kepada pengunjung ke Pusat Warisan Bung Bratak (BBHC).

“Untuk sampai ke puncak Bung Bratak ia mengambil masa setengah jam berjalan kaki dari BBHC.

“Jadi sekarang kita ada dua jejak warisan, satu dari Kampung Tembawang Sauh ke BBHC dan satu lagi dari BBHC ke puncak Bung Bratak,” jelasnya.

Dalam pada itu, bagi memastikan jejak warisan ini dapat digunakan, Minos pada Khamis lepas telah mendaki ke puncak Bung Bratak bersama kakitangan dari BBHA.

Puncak Bung Bratak adalah tempat khas di mana upacara tradisional diadakan oleh masyarakat Bidayuh.

Penduduk tempatan turut menganggap bahawa puncak Bung Bratak yang seluas sebuah padang bola sepak adalah tempat keramat.

Dengan hutannya yang asli, Bung Bratak pastinya tempat yang ideal untuk pencinta alam semula jadi.