Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Bomba Komuniti Bau sedia hadapi kemungkinan bencana
Tarikh : 18 Nov 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

BAU: Seramai 90 anggota Bomba Komuniti Peringkat Daerah Bau bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai barisan hadapan dalam menghadapi pelbagai kemungkinan bencana di kawasan penempatan masing-masing.

Difahamkan, kesemua anggota terbabit adalah kumpulan pertama yang mewakili 30 kampung daripada enam kawasan di sekitar daerah tersebut, antaranya Singai, Jagoi dan Serumbu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Khirudin Drahman menyambut baik usaha penduduk di kawasan tersebut yang komited dalam bersama-sama bersedia menghadapi sebarang bencana.

"Saya dimaklumkan anggota Bomba Komuniti Bau hari ini (semalam) adalah seramai 90 orang dan masih berbaki 120 orang lagi yang mewakili 30 kampung.

"Penyertaan adalah memberangsangkan yang jelas menunjukkan kita di sini amat menitikberatkan keselamatan yang merupakan tanggungjawab kita bersama.

"Justeru dengan adanya program seperti ini sekurang-kurangnya dapat kita menerangkan tindakan yang sepatutnya diambil sebagai langkah awal sekiranya berlaku sebarang bencana seperti kebakaran misalnya," ujarnya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Penubuhan Bomba Komuniti dan Penyerahan Alat Pemadam Api Peringkat Daerah Bau di sini, semalam.

Menurut Khirudin, penubuhan Bomba Komuniti jelas menunjukkan keberkesanannya apabila empat daripada 18 kes kebakaran rumah panjang di Sarawak tahun ini berjaya ditangani oleh anggotanya.

"Ini kerana anggota Bomba Komuniti kita latih untuk bertindak jika berlaku kebakaran dan mereka juga tahu mengendalikan alat pemadam api," katanya.