Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Okt 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

25 fasiliti kesihatan di Sarawak sudah dibekalkan stok vaksin rabies
Tarikh : 06 Sep 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

KUCHING: Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Jamilah Hashim memberi jaminan kepada rakyat Sarawak bahawa sejumlah 25 fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh Sarawak sudah dibekalkan dengan stok vaksin rabies bagi mangsa gigitan haiwan yang memerlukannya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Dr Jamilah menjelaskan bahawa dakwaan Hospital Kapit tidak mempunyai vaksin rabies adalah tidak benar.

“Hospital Kapit dibekalkan dengan stok vaksin rabies sejak Ogos tahun 2017. Sehingga 3 September 2019, seramai 52 mangsa gigitan haiwan telah diberi vaksinasi rabies di Hospital Kapit.

“Dua fasiliti kesihatan lain di bahagian Kapit yang mempunyai stok vaksin rabies adalah Klinik Kesihatan Song dan Klinik Kesihatan Sungai Asap,” ujarnya.

Beliau memberi respons terhadap seruan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Goram Jefferson Jamit agar Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kesihatan Nege-ri membekalkan Hospital Kapit dengan vaksin rabies sebagaima dilaporkan media  pada hari Rabu.

Jefferson mendakwa mereka yang digigit haiwan di Kapit perlu dirujuk ke Hospital Sibu untuk mendapatkan suntikan rabies sehingga membuang masa pesakit di samping menyebabkan mereka terpaksa menanggung kos tinggi.

Beliau juga menegaskan bahawa adalah perlu bagi Hospital Kapit memiliki stok rabies mereka sendiri kerana tiga sampel yang diambil daripada anjing di Kapit didapati positif rabies.

Sementara itu, Dr Jamilah juga mengingatkan orang awam sekiranya mereka digigit haiwan, mereka hendaklah segera membasuh luka gigitan dengan sabun dan air yang mengalir sekurang-kurangnya selama 15 minit.

Beliau turut menambah, mereka yang digigit oleh haiwan harus mendapat-kan pemeriksaan dan rawatan segera di klinik atau hospital kerajaan yang berdekatan.

“Sentiasa elakkan diri daripada digigit anjing atau haiwan liar memandangkan kebanyakan kawasan di Sarawak adalah positif rabies,” katanya.