Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 12 Nov 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Filem ‘Rajah’ bakal promosikan keindahan Sarawak
Tarikh : 29 Oct 2019  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

BAU: ‘Rajah’, sebuah filem Hollywood tentang pemerintah White Rajah pertama di Sarawak, Sir James Brooke bakal mempromosikan keindahan Sarawak ke mata dunia.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata pembikinan filem itu telah dilakukan di beberapa kawasan berdekatan termasuk Siniawan, Gua Fairy dan Gua Angin.

“Penggambaran ‘Rajah’ telah berlangsung selama satu bulan di mana selain tempat menarik di Bau, filem itu juga dijalankan di Kampung Budaya Sarawak dan Camp Permai di Santubong,” katanya kepada pemberita selepas melawat set filem Rajah di Bandar Warisan Lama Siniawan di sini semalam.

Filem berkenaan dintangi bintang-bintang terkenal Hollywood seperti Jonathan Rhys Meyers dan Dominic Monaghan yang memainkan watak sebagai Kolonel Arthur Crookshank.

Abdul Karim berkata filem itu berkisarkan kepada kehidupan Brooke ketika tiba di Borneo pada 1839 ketika sewaktu pengembaraan ke sini dan kemudiannya dikenali sebagai ‘The White Rajah’.

“Filem itu turut diselitkan dengan sedikit fantasi dan romantik untuk menjadikannya lebih sesuai menjadi tontonan komersil,” katanya.

Sementara itu, pengarah produksi filem ‘Rajah’ Rob Allyn berkata penggambaran kini berjalan lancar dan ia perlu siap penggambaran sebelum Festival Filem Cannes tahun depan iaitu pada Mei.

“Kami menghadapi beberapa cabaran dalam filem ini kerana terpaksa melakukan penggambaran di atas air, lokasi yang jauh dan set penggambaran juga perlu dibina dan tahan cuaca hujan dan kemungkinan banjir.

Bagaimanapun, Allyn berkata penduduk tempatan yang terlibat dalam filem itu sangat profesional dan cekap dalam membantu pihaknya membuat set penggambaran terbabit.

Semasa lawatan itu, Abdul Karim dan isterinya, Datin Zuraini Abdul Jabbar dibawa ke set lokasi penggambaran termasuk kediaman Brooke yang dibina khas.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Hii Chang Kee, ADUN Serembu Miro Simuh, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pelancongan Sarawak Sharzede Salleh Askor dan pengasas bersama Brooke Heritage Trust Jason Brooke.