Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 20 Ogos 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Pasar Minggu Kampung Badul berpotensi jadi tarikan baharu
Tarikh : 05 Aug 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BAU: Pasar Minggu Kampung Badul berpotensi menjadi tarikan baharu di kawasan tersebut, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Malah, beliau percaya ia mampu menjadi tumpuan ramai lebih-lebih lagi apabila Lebuh Raya Pan Borneo siap kelak.

Pasar minggu itu katanya, merupakan inisiatif terbaik yang dilaksanakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Badul, Singai dalam meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk setempat.

Beliau menjelaskan, meskipun merupakan kampung baharu dengan populasi sekitar 71 rumah, penduduk telah mula menjalankan aktiviti yang turut melibatkan ahli JKKK dan penduduk setempat.

“Saya menyambut baik usaha ini dan berharap kerjasama yang baik antara JKKK dan pengusaha inap desa serta penduduk kampung dapat melonjakkan lagi pembangunan sosioekonomi di kawasan ini.

“Saya juga akan melakukan yang terbaik untuk membantu anda termasuk membina tempat penjaja untuk anda menjual hasil tani dan kraf tangan sebaik sahaja projek Pan Borneo ini siap,” ujarnya ketika merasmikan Logo dan Pasar Minggu Kampung Badul di sini semalam.

Dalam pada itu, Harry percaya pasar minggu itu nanti mampu kekal memandangkan kawasan itu kaya dengan kesuburan tanah dan hasil sayur serta buah-buahan yang segar.

Katanya lagi, ia menunjukkan penduduk Singai amat minat dalam menjalankan aktiviti sosioeknonomi dengan menjual pelbagai barangan termasuk hasil tani sejak dua tahun lalu.

Kampung Badul jelas membuktikan kerjasama dan perpaduan penduduk mampu membawa perubahan kepada masyarakat di kawasan itu sendiri, katanya.

“Walaupun belum ramai yang tahu tentang pasar ini saya percaya anda akan berjaya dalam perusahaan ini,” ujarnya.

Pasar Minggu Kampung Badul dibuka setiap Sabtu.