Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 11 Dis 2019
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Nama Dr Patau Rubis 'dipahat' pada jalan baharu di Tasik Biru
Tarikh : 12 Jul 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

KUCHING: Jalan baharu berhampiran Tasik Biru dinamakan sempena nama mendiang Dr Patau Rubis bagi menghargai jasa dan pengorbanannya.

Presiden Parti Reformasi Sarawak (STAR) Lina Soo memberitahu, pihaknya menyokong jalan baharu di pekan Bau itu diberi nama mendiang.

Jelas beliau, keputusan Majlis Daerah Bau untuk menamakan jalan tersebut adalah wajar bagi memperingati jasa dan pengorbanan Dr Patau yang membawa banyak pembangunan di kawasan Bau ketika beliau masih berkhidmat.

"Kita mengucapkan terima kasih kepada Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Majlis Daerah Bau kerana merealisasikan hasrat ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lina memberitahu, STAR turut hadir menyaksikan majlis perasmian Jalan Dr Patau Rubis yang disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Datuk Henry Harry Jinep.

Mengulas lanjut jasa mendiang Dr Patau, beliau memberitahu, antaranya pembinaan Hospital Bau, Dewan Suarah Bau, stadium, balai raya, gereja, jalan pirau Siniawan, bekalan elektrik luar bandar, bekalan air graviti dan banyak lagi.

"Banyak projek jalan kampung di Bau diluluskan dan dilaksanakan di bawah Dr Patau semasa beliau berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Ahli Parlimen dan Menteri Muda," tambahnya lagi.

Malah, tegasnya, mendiang Dr Patau juga merupakan ikon di Bau dan beliau semenangnya layak untuk dihormati.

Anak mendiang Sean Rubis dan ahli keluarga serta rakan-rakan termasuk Alim Mideh, Salam Chimie dan Albert Voon turut hadir menyaksikan majlis perasmian jalan itu.

Mendiang Dr Patau meninggal dunia pada Mac 2016 yang merupakan Pengasas STAR selepas dipecat dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan dilucutkan jawatan sebagai Menteri Muda pada 1995.

Sebelum menyertai politik, mendiang merupakan Timbalan Pengarah Jabatan Kesihatan negeri.