Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 15 Dis 2018
Versi 8.1.2

Menu Utama Menegak

PBB Serembu sasar tambah ahli, khususnya generasi muda
Tarikh : 05 Feb 2018  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BAU: Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Serembu menyasarkan untuk menambah keahlian baharu ahli parti itu khususnya dalam kalangan generasi muda pada tahun ini. 


Ketua Pemuda PBB DUN Serembu Tomas Labe berkata, pihaknya akan mencari kaedah baharu bagi menarik minat golongan muda untuk bersama­sama memberi kebaikan dan manfaat kepada rakyat. 

Katanya, dalam merealisasikan penambahan anggota parti itu, pihaknya telah mewujudkan jawatankuasa tertentu supaya langkah sedemikian mencapai matlamatnya. 

“Kami telah merancang pelbagai aktiviti atau program di kawasan DUN Serembu dalam usaha mendekati para pengundi baharu. 

“Antara aktiviti tersebut ialah menerusi penganjuran pertandingan futsal, kursus keusahawanan serta pelbagai lagi program,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Pemuda Serembu di Pejabat Perhubungan PBB DUN Serembu di sini semalam. 

Dalam pada itu, Tomas berkata berdasarkan maklumat dari peringkat akar umbi, jumlah golongan muda yang berdaftar sebagai pengundi di Serembu dilihat agak kecil. 

Katanya, keadaan itu sekali gus menunjukkan kurangnya kesedaran generasi muda tentang tanggungjawab untuk mendaftar dan mengundi. 

“Kanyakan golongan tersebut memberi alasan tidak tahu mendaftar di mana untuk mendaftar dan tidak mahu terbabit dalam politik. 

“Itu antara alasan yang kerap diberi generasi muda atau golongan belia apabila didekati oleh kami,” ujarnya.