Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Feb 2020
Versi 8.2.2

Menu Utama Menegak

Rumah terbuka Chap Goh Meh Pekan Siniawan mampu tarik pelancong.
Tarikh : 10 Feb 2020  Sumber Berita: Utusan Sarawak Online
 

BAU: Jawatankuasa  Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pekan Siniawan mengadakan rumah terbuka julung kalinya sempena sambutan Chap Goh Meh di sini, semalam.

Ketua Pemuda JKKK Pekan Siniawan, Dylan Lai berkata, Chap Goh Meh sinonim diadakan pada hari ke-15  perayaan Tahun Baharu Cina.

“Bagi sambutan Chap Goh Meh kali ini, pertama kali kita bekerjasama dengan Persekutuan Pelancongan Sarawak (STF) dan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) untuk mengadakan rumah terbuka.

“Agensi ini sering menganjurkan rumah terbuka sempena perayaan utama di Sarawak seperti Hari Gawai, Hari Raya, Hari Krismas dan Hari Tahun Baharu Cina,” katanya ketika ditemui pada majlis Rumah Terbuka Chap Goh Meh di Pekan Siniawan di sini, hari ini.

Dylan berkata, pihaknya amat gembira dengan kerjasama terbabit dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke Pekan Siniawan.

“Malah, Pekan Siniawan dipilih sebagai usaha mempromosikan produk pelancongan yang terdapat di negeri ini.

“Oleh itu, kita berharap lebih ramai pelawat berkunjung ke Siniawan dan memahami adat serta budaya kaum Hakka yang majoritinya penduduk Siniawan,” ujarnya.

Beliau menambah, salah satu adat yang ingin ditonjolkan semasa Chap Goh Meh ialah upacara keagamaan di tokong yang disertai ahli keluarga.

Ia katanya, bukan sahaja upacara keagamaan malah kebudayaan yang diamalkan sejak 100 tahun lalu.

Dalam pada itu, Dylan memberitahu makna di sebalik Chap Goh Meh yang diumpamakan Hari Kekasih dalam kalendar Cina sebelum tamatnya perayaan Tahun Baharu Cina.