Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Text: Tambah BesarText: AsalText: Tambah Kecil
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 17 Jun 2019
Versi 8.2.1

Menu Utama Menegak

Pembangunan di daerah Bau makin agresif: Henry
Tarikh : 12 May 2019  Sumber Berita: Utusan Borneo Online
 

BAU: Pembangunan di daerah Bau semakin agresif dari pelbagai aspek dengan matlamat menyediakan kemudahan terbaik kepada masyarakat di daerah itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru Dato Henry Harry Jinep berkata, banyak pembangunan yang akan berlaku di kawasan Bau dalam tempoh tiga hingga lima tahun lagi.

Menurutnya lagi, pembangunan yang ketara pada ketika ini adalah projek bekalan air paip yang sedang diusahakan di kawasan masalah air kritikal.

“Banyak lagi pembangunan yang kita laksanakan di kawasan Bau ini demi memastikan penduduk dapat menikmati kemudahan yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media berkaitan projek-projek yang bakal dilaksanakan di Daerah Bau di pejabatnya, di sini semalam.

Tambah Henry, projek-projek pembangunan yang telah dicadang dan sebahagian daripadanya telah diluluskan adalah antara inisiatif kerajaan Sarawak dalam meningkatkan kualiti hidup masyarakat Sarawak di Bau khususnya.

Antara projek-projek yang bakal dilaksanakan adalah Arena Sukan Bau, Bau Gold Mine Museum and Park, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Serikin dan sebagainya.