Polls
Announcements

KENYATAAN SEBUTHARGA

Dipaparkan pada 22 Sep 2021

                                                                                      Ruj. Kami : (08) dlm.MDB/KR/100/4/JLD 1

 

KENYATAAN SEBUTHARGA

Sebutharga adalah dipelawa daripada kalangan  kontraktor-kontrakor Bumiputera yang berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) yang masih sah bagi perolehan kerja-kerja seperti berikut:-

Nama Agensi/ Jabatan Yang mengeluarkan Dokumen Sebutharga

No.Sebutharga

Tajuk Sebutharga

Pendaftaran

 

Harga Dokumen dan Tempat Jualan Dokumen Sebutharga

UPKJ 

CIDB

MAJLIS DAERAH BAU

G21 – Q130 – 07 -093

PEMASANGAN LAMPU LED BERSOLAR DI KAWASAN DAERAH BAU

Kelas :  

Electrical Work - III

Kepala : VIIB

 

Gred : G1 or above

Kategori: ME

Pengkhususan : E16

(RM50.00/ set) Bahagian Perbendaharaan MD Bau

 

2.      Dokumen sebutharga boleh diperolehi boleh diperolehi pada waktu pejabat setelah pembayaran dilakukan untuk yuran Dokumen  ( Pada dan selepas 22.09.2021,Rabu) dalam bentuk wang tunai dan hanya dijual kepada kontraktor yang sah dan mengikut syarat yang ditetapkan.

 

3.      Kontraktor atau wakil kontraktor dikehendaki membawa salinan asal seperti di bawah untuk tujuan pengesahan sebelum dokumen sebutharga boleh dikeluarkan:-

a)     Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK), Sijil Perakuan Pendaftaran (PPK), Status Taraf Bumiputera (STB) dan Pendaftran Kontraktor Dan Juruperunding(UPKJ)(tidak diwajibkan)

(wakil dikehendaki membawa surat pengakuan(authorised letter) daripada syarikat untuk pengesahan mengambil dokumen sebutharga  bagi pihak syarikat dan sesalinan kad pengenalan yang telah disahkan);

b)     Profil Syarikat termasuk Plant & Equipment serta Pengalaman Kontraktor

(dilampirkan sekali semasa menghantar dokumen sebutharga sahaja);

c)     Penyata Kewangan 3 bulan terkini yang disahkan oleh pihak bank:-

(dilampirkan sekali semasa menghantar dokumen sebutharga sahaja).

**Salinan dokumen diatas(yang telah disahkan oleh pegawai Gred 41 ke atas) juga perlu dimasukan sekali bersama dokumen sebutharga semasa menghantar dokumen sebutharga. Kegagalan berbuat demikian, Jawatankuasa Sebutharga/Tender boleh MENOLAK tawaran sebutharga.

4.      Dokumen Sebutharga  yang sempurna diisi hendaklah dimeteraikan dengan menggunakan sampul surat yang di atasnya bertanda SULIT dan ditulis dengan jelas tarikh tutupnombor dan tajuk Sebutharga dan perlu dimasukkan ke dalam peti tender di alamat seperti berikut. 

PENGERUSI

JAWATANKUASA SEBUTHARGA

KEMENTERIAN KERAJAAN TEMPATAN DAN PERUMAHAN SARAWAK

Tingkat 2, Baitul MakmurMedan raya,

93050 Petra Jaya,

Kuching, Sarawak.

 

5.      Tarikh tutup bagi Sebutharga  di atas adalah pada  28.09.2021 (Selasa) jam 12.00 Tengahari dan sebarang dokumen Tender yang diterima selepas masa yang ditetapkan akan ditolak.

 

6.    Tempoh sah laku sebutharga hendaklah 90 hari dari selepas tarikh tutup.

 

7.    Majlis Dearah Bau tidak terikat untuk menerima tawaran Sebutharga yang terendah atau mana-mana tawaran lain selain yang di sebut di atas.

(SIMON WONG HONG YONG)

Setiausaha

Majlis Daerah Bau

Tarikh: 08.09.2021